Wednesday, May 18, 2011

Queen Victoria

Zaman keemasan empayar British adalah ketika pemerintahan Queen ni.
Lahir pada 1819 shingga kematiannya pada 1901. Pada 1900 empayar british adalah sebesar2 empayar. sampaikan ada pepatah mengatakan matahari tak pernah terbenam apabila melalui jajahannya dari New Zealand hingga ke Kanada.

Kalau kita umat Muslim, azan tak pernah set down...betul tak? Dan zaman Victoria Navy British mmg tiada tolol bandingnya. kalu Roman dgn dgn kepakaran pembuatan jalan2 batu untuk kr yanag jajahan, British lak adalah kerana kuasa lautnya. Vctorian Age adalah lambang kemegahan empayar British.

Victoria ni kahwin muda. dia jadi Queen dulu, umur baru 18 tahun..sebab2 dia jadi queen wa tak brapa paham laa..dah baca banyak kali pun confused gak. Jadi biasa laa..muda2 ni mana ada pengalaman jadi org laa kena tolong..kadang2 tolong2 pun ambik kesempatan..Jadi PM British masa tru LOrd Melbourne cadangkan supaya Victoria ni kahwin.

jadi kahwin laa dia. nak tau kawin ngan sapa...Bukan british tapi dgn orang Jerman iaitu Prince Albert. Prince Albert ni org kata mmg genius...So takda lagi org2 nak amik kesempatan keatas Queen. Merka suami isteri sama2 mentadbir empayar. Masa perang Crimea, pronce Albert banyak tolong Queen ni.
Queen ni ada 9 anak. Suaminya Prince Albert cuma hidup 42 tahun aje akibat demam kepialu. Kehilangan Albert mmg amat mendukacitakan Queen..lama jugak dia tak nak bersosial. Bahkan setiap hari dia akan keluarkan baju2 Albert pada waktu pagi sampai laa umur dia 60an akibat rindu pada suaminya.

Queen Victoria digelar Grand Mother of Europe. apsal? sebab 9 org anaknya telah berkahwin dgn pelbagai kerabat diraja eropah bahkan hin gga ke Rusia. 2 dari 9 anaknya dihinggapi penyakit Hemepholia. dan salah satu cicitnya yg juga ada penyakit ini ialah anak Tsar Nicholas II dari Rusia iaitu Alexis...ada ingat cerita dia..seluruh ahli keluarga Tsar ni dibunuh oleh komunis termasuk Alexis sekali.

satu lagi ialah Emperor Jerman masa WWI iaitu Kaiser Wilhelm II. Wilhelm II ni adalah cucu kepada Queen Victoria ni dan dia ada ketika mengusung keranda Queen pada 1901. Aneh tak..pada perang dunia pertama Kaiser Wilhelm II berperang jugak dgn sepupu sepapaptnya iaitu Tsar Nicholas II......

Gambar pada 1897

Wednesday, May 11, 2011

Adik beradik Talalla

Cerita ni mungkin tak ramai yg tahu. Yg kita tahu orang Malaya dulu memnag ada berperang di Semenanjung Tanah Melayu dan Singapura dan kisah landasan keretapi Burma tu berserta peperangn Borneo masa perang dunia kedua dulu. Biasanya yg kita dgr askar2 kita terdiri dari infantry dan navu saja.

Bagaimana pula dgn air force, mungkin ada, sebagai ground crew termasuk paratroopers seperti Force 136. Tapi pernah tak kita terpikir bahawa rakyat Malaya dulu ada yg jadi fighter pilot during war years dulu. Bukan kat sini tapi kat Eropah dari battle of Britain sampai laa invasion kat Normandy, Perancis sehingga laa tamat perang.

Percaya tak? ni yg nak citer nih...cer cerite cer cerite..... Laughing
Oklaakit amula dari A laa. Hewage Benjamin Talalla adalah rakyar Ceylon (Sri Lanka), pada awal 1900an dia dah merantau kat tanah melayu dan kemudian jadi warga malaya. Dia ni keturunan Sinhalese (yg lawan Tamil Eelam tuh). Datang sini sengkek je tapi berkat rajin dia dah jadi kayaraya.

Dia ni minat kapalterbang, dia ada masuk club penerbangan. kemudian dia ada anak2 lelaki yg bernama Henry dan Cyril Talalla. Depa ni semua skolah kat Victoria Institution kat KL tuh. Depa pun belajar bawak kapalterbang dan kira master laa. Hewage ni patriotik sikit orgnya, so bila masuk je perang pada 1939, dia pi suruh 2 org anaknya join RAF.

Last2 dua2 anaknya dapat masuk RAF dari zon Malaya laa. Yg lain semuanya keturunan eropah. Dua2 pi kat Canada belajar bawak fighter aircraft seperti Hurricane dan Spitfire. Start je battle of Britain Henry dan Cyril terus bawak hurricane lawan Jerman. Beratus sorties jugak depa terbang. Depa bertempur hinggalah invasion day iaitu D-Day di Normandy.

Masa ni depa berdua dah pakai fighter aircraft canggih lagi iaitu Hawker Typhoon yg bawak roket kat dua2 kopaknyo tu. Aaa kat sini sedih sikit, salah sorang dari mereka telah terbunh akibat ditembak Jerman 88 anti aircraft dekat Caen. Pihak marquis iaitu gerila bawah tanah Perancis telah mengkebumikan Henry. Cyril masih berjuang tapi tak lama kemudian dia jadi RAF pilot instructer.

Cyrill ada balik Malaya dan keluarga depa pun selamat walaupun Jepun conquer Tanah Melayu ni dulu. Hewage taulaa anaknya Henry terbunuh dan dia sendiri pi kat Perancis dan desak pihak authority French dan British cari kubur anaknya dan masa tu laa tau Pihak marquis yg tanam dan berdasarkan serial nbr aircraft dan tag nama kat rangkanya.

Mayat Henry kemudian dialihkan ke dataran yg menempatkan kubur besar soldadu2 yg gugur semasa pendaratan Normandy. dan sampai sekarang once a year upacara mengingati dan menaikkan bendera dilakukan dan salah satu bendera tu ialah bendera Malaysia berdasarkan tanah tumpah darahnya..Malaya.

Cyrill dgn Queen Mother kat RAF base kat England
Henry kat RAF airstrip sebelum dia hilang kat Caen


Dua org Mayor kat bandar2 dlm Caen mengabadikan nama Henry Talalla kat sebatang jalan

 
Gambar kiri- Henry masa training kat Canada.
Gambar kanan - Cyril kat belah tengah tu.








Saturday, May 7, 2011

Cloude Choules, Combat Veteran Perang Dunia Pertama



Nama seperti yg tercatat di atas adalah the last combat veteran survivor of WWI atau perang dunia pertama yg berlaku pada tahun 1914 hingga laa 1918. Bayangkan dah dekat 100 tahun perang tu berlaku tapi masih ada lagi veteran perang tu. Nak tau berapa umur Mr.Choules ni, umurnya adalah 110 tahun ketika dia meninggal dunia dalam tidur pada 5 May 2011.

Mr.Choules ni masa dia masuk British navy unur dia under age, baru 15 tahun, menjelang tamat the great war ni umurnya mencecah 19 tahun. Tak tahu laa Mr.Choules ni ada amik bahagian dlm Battle of Gallipolli di Turki tu sebab British Navy pun terlibat sama. Kalau tidak tentu banyak maklumat eyewitness dari Mr.Choules ni. Terperanjat jugak dgr masih ada vet WWI ni lagi.. veteran WWII (1939-1944) atau perang dunia kedua pun susah nak cari sekarang nih.

Mr.Choules ni lahir pada 1901 di UK dan joined British navy. Lepas perang tamat dia migrate ke Australia dan kat sana dia pun joined HMAS (His Majesty of Australian Navy - masa tu King). Takde pulak dgr cerita dia ada join WWII. Masih ada lagi sorang veteran WWI ni iaitu Britain's Florence Green. Tapi dia bukan pi perang punya tapi non-combatant role. Dia berkhidmat dgn RFC Royal Flying Corps. Umur pun sama 110 tahun ketika ini





Monday, April 25, 2011

Band Tentera


Contoh Band Janissary

Adalah dipercayai bahawa band askar ni dah wujud sejak
zaman Mesir kuno lagi lebihkurang pada 1600 SM.
Tapi dgn alat yg simple2 saja. Sambil2 tentera marching
pemuzik akan memainkan lagu semangat mereka la.

Zaman Roman ia berkembang sikit, instrument pun mula
bertambah dan yg nytanya ramai pemain sejenis trompet
zaman tu akan marching bersama tentera. Hal tu berlalu
lebih kurang tahun 100 M.

Ketika tentera salib tiba ke tanah Arab, mereka terdengar,
melihat sendiri sesuatu yg menarik iaitu marching tentera
Saracen (panggilan mereka keatas org Arab) dan adunan
muziknya yg bersemangat ketika hendak bertempur.

Alatan ialah nafiri (sejenis trompet), buq (tanduk) dan naqqara
(sejenis drum). Lalu mereka pun tiru la untuk raja2 mereka
apabila mereke pulang ke Eropah kelak dan mereka tambahkan
dgn instrument mereka seperti bagpipe dan lain2.

Yg paling penting tentang pembaharuan military band ni ialah
Band Janissary iaitu marching band tentera Ottoman.
Apabila tentera ottoman mengaum di bandar2 eropah sehingga
ke pintu gate Vienna, Mehter Marsi akan kedengaran.

Mehter Marsi adalah lagu semangat utama tentera Ottoman.
Pancaragam ini akan mendahului perbarisan perang seperti
yg kita lihat pada hari ini. Alatannya lebih banyak, padat seperti
oboes, fifes, side drums, kettledrums, simbal, triangles,

turkish crescent dan bass drum. Kalau nak tahu, tgk je laa
dlm youtube. Lagu2nya digubah oleh ahli muzik empayar Ottoman
sendiri.

Jadi, sudah tentu org eropah akan meniru dan ia diakui sendiri
oleh mereka. Dan pada abad ke 17, band2 eropah trutama
dari Prussia dan Austria pula lebih menonjol dgn penambahan
instrument dan juga uniform2 yg lebih kemas.

Corak Military Band yg ada sekarang adalah legasi Janisary
empayar Ottoman.

Saturday, April 23, 2011

Spartacus




Siapa pernah dgr Spartacus?
Beliau adalah gladiator pada zaman Roman dulu.
Pada 73 SM, beliau bersama 70 gladiator lain telah
melarikan diri untuk bebas.

Dgn tak disangka2 kisah mereka telah menjadi inspirasi
bagi golongan hamba bukan saja di Rom, malah diseluruh
empayar. Dalam pelarian mereka, jumlah mereka semakin
bertambah dan mereka mula melawan Roman legion.

Kemuncak jumlah mereka capai 100ribu org dan Spartacus
mengetuai mereka melawan dan ramai org Roman yg mati
akibat balas dendam golongn hamba ni terutama yg kaya.

Beberapa bandar dpt ditawan Spartacus. Tapi kebebasan mereka
cuma setahun je dan pada 72SM Spartacus telah dpt dikalahkan
oleh Crasuss dan Pompey. Seramai 6600 pengikut trmasuk
Spartacus sendiri telah disalib di sepanjang perjalanan dari
kota Brundisium hingga ke Rome.

Tuesday, April 19, 2011

Al Andalusia

Al-Andalus adalah salah satu wilayah Empayar Islam Bani
Umaiyah.Bermula dgn penaklukan Tariq bin Ziyad pada 711M.
Kerajaan kristian Visigoth tak terdaya menahan kemaraan
tentera Islam walaupun tak sebesar mana bilangannya.

Kemuncak perluasan di semenanjung Iberia ni ialah, tentra Muslim
telah menyeberang Pyreenes dan masuk ke selatan Perancis dan
bertembung dgn pemerintah dan panglima Frankish kingdom
iaitu Charles Martel di Battle of Poiters pada 732M.

Tentera Muslim kecundang di Poiters, andaikata tentera Muslimin
ni menang mengalahkan jeneral terkuat eropah masa tu C.Martel ni,
kemungkinan rantau eropah berlainan wajah masakini. Pasai apa,
Umaiyah menyerang dari barat dan conquer Perancis dan kemudian
bergerak ke timur lagi. Manakala Ottoman bergerak dari timur
bermula dgn Constantinople, Greek,Serbia,Bulgars,Hungary dan
Austia dan seterusnya bertembung dgn tentera Umaiyah Andalusia
di tengah2 eropah.

Malangnya ianya tidak kesampaian. Bermula 1085M, separuh
sepanyol telah dikuasai kristian dgn kejatuhan Toledo. Dan pada
1248M, hanaya kerajaan islam Granada yg tinggal di semenanjung
itu iaitu di bahagian selatan Sepanyol dan tak lama pastu pada
1492...jatuhlah Granada.

Selepas 781 tahun pemerintahan Islam, Sepanyol hanya tinggal
kenangan tapi takpa...39 tahun sebelum tu, Ottoman telah berjaya
mendapatkan satu permata....Constantinople


Al Hambra...kubu (Istana) terakhir umat Islam di Sepanyol

Sunday, April 17, 2011

Krisis Peluru Berpandu Cuba II

Pada masa tu, Kennedy yg jadi Presiden USA. Dah mula pening.
Dah laa tekanan dari USSR dan Cuba, ni tekanan dalaman lagi...
USAF Jeneral Curtis LeMay asik2 antuk2 kepala kat dinding
suruh Kennedy ni lancarkan perang ke atas Cuba. Macam2

amaran dia bg kat Kennedy ni...tapi Kennedy ni dia tak makan
ckp LeMay ni. Dia tunggu saluran diplomatik dulu. Kat UN skang
tgh kecoh berdebat dan US diplomat suruh USSR undurkan
kesemua missile2 dari Cuba tapi USSR tak mengaku.

Masa ni sebenarnya masing2 dlm ketakutan.Yelaaa memasing
ada nuklear, silap2 percaturan mau terjadi 3rd world war ni.
Penduduk US dah mula panic, mmg betul2 panic. Yg kaya ada
yg buat rumah bawah tanah, yg kurang berkemampuan pun

buat gak...gali lobang je laa. USSR masa tu dah boleh lancar
missile nuklear merentas benua dan boleh aim kat mana2
area di US. Kalau dari Cuba safe laaa sikit bahanapinya dan
boleh buat tawar menawar dan bg US takut sket.

Jadi Kennedy tolak cadangan LeMay (babulu je dia) dan dia
amik pandangan McNamara setiausaha pertahanannya...
iaitu buat sekatan laut dan udara disekitar Pulau Cuba ni.
Jadi...bahan2 mentah dah tak boleh masuk Cuba dan....

Khrushchev menggertak Kennedy...ekau ni nak porang ko?
Opocot!!! toporanjat Kennedy dibuatnya (Jumlah missile
USSR adalah sekali ganda banyaknya dari USA). Jadi dipendek
kan cerita (kalau tidak panjang ni) Kennedy ada buat diplomasi

rahsia dgn Krushchev.....utk mengelakkan malapetaka berlaku
(sebenarnya dua2 pun risau ni..bole jadi perang nuklear ni....
pasai apa, masing2 punya panglima memasing tak sabau2 nak
perang). Dan pada 28 oct 1962 krisis ni tamat dgn Kennedy-

Khruhchev pact. Solutionnya ialah kesemua pelancar peluru
berpandu USA yg terdapat di Turki dan Italy termasuk di
sempadan USSR kasi dismantle. Dan Pelancar USSR di Cuba
juga prlu dikeluarkan dari pulau itu dan dihantar kembali

ke USSR. Dan juga, USA tidak boleh sewenang2nya menyerang
CUba, jikalau tidak siap ko. Ini kira kemenangan moral bagi Castro.
Castro dan Cuba bagaikan aur dgn tebing sehingga sekarang ni.
USSR sentiasa membantu Castro sehingglah kejatuhan kominis

pada 1990. Dan bermula dari situ, Castro keseorangan tapi managed
mengawal negara dgn mempelbagaikan sumber ekonomi seperti
perubatan dan pelancongan. Dan sesiapa nak tgk kereta2 lama
amerika era 50an yg masih bergerak dijalanraya dan nampakbaru

silalah ke Cuba. Kennedy pula dianggap wira kerana pada pndgan
rakyatnya, Kennedy berjaya menghalau Rusia. Dan nasib Khrushchev
pula? Nasibnya tak seperti Kennedy. Walaupun beliau berjaya
melenyapkan missile USA di Turki, Italy dan sepanjang sempadannya,

ianya tidak dipublishkan kat media oleh USA (nampak tak..siasah
amerika ni) dan rakyat berpandangan ini adalah kekalahan
pulitburo yg memalukan bahkan politikus kominis di negara red bear
sendiri seperti Leonid Brezhnev (bukan sabun breeze ye) mengatakn

Khrushchev tak cukup kemampuan menangani situasi ini. Dua tahun
kemudian pada 1964, wira Stalingrad ini telah digantikan dgn Leonid
Brezhnev.

Note:
Cucu Nikita Khrushchev, Nina L. Khrushcheva ni sekarang menjadi rakyat Amerika keturunan Rusia. Bertugas sebagai adjunt assistant professor di Universiti Columbia. USA