Pada masa tu, Kennedy yg jadi Presiden USA. Dah mula pening.
Dah laa tekanan dari USSR dan Cuba, ni tekanan dalaman lagi...
USAF Jeneral Curtis LeMay asik2 antuk2 kepala kat dinding
suruh Kennedy ni lancarkan perang ke atas Cuba. Macam2
amaran dia bg kat Kennedy ni...tapi Kennedy ni dia tak makan
ckp LeMay ni. Dia tunggu saluran diplomatik dulu. Kat UN skang
tgh kecoh berdebat dan US diplomat suruh USSR undurkan
kesemua missile2 dari Cuba tapi USSR tak mengaku.
Masa ni sebenarnya masing2 dlm ketakutan.Yelaaa memasing
ada nuklear, silap2 percaturan mau terjadi 3rd world war ni.
Penduduk US dah mula panic, mmg betul2 panic. Yg kaya ada
yg buat rumah bawah tanah, yg kurang berkemampuan pun
buat gak...gali lobang je laa. USSR masa tu dah boleh lancar
missile nuklear merentas benua dan boleh aim kat mana2
area di US. Kalau dari Cuba safe laaa sikit bahanapinya dan
boleh buat tawar menawar dan bg US takut sket.
Jadi Kennedy tolak cadangan LeMay (babulu je dia) dan dia
amik pandangan McNamara setiausaha pertahanannya...
iaitu buat sekatan laut dan udara disekitar Pulau Cuba ni.
Jadi...bahan2 mentah dah tak boleh masuk Cuba dan....
Khrushchev menggertak Kennedy...ekau ni nak porang ko?
Opocot!!! toporanjat Kennedy dibuatnya (Jumlah missile
USSR adalah sekali ganda banyaknya dari USA). Jadi dipendek
kan cerita (kalau tidak panjang ni) Kennedy ada buat diplomasi
rahsia dgn Krushchev.....utk mengelakkan malapetaka berlaku
(sebenarnya dua2 pun risau ni..bole jadi perang nuklear ni....
pasai apa, masing2 punya panglima memasing tak sabau2 nak
perang). Dan pada 28 oct 1962 krisis ni tamat dgn Kennedy-
Khruhchev pact. Solutionnya ialah kesemua pelancar peluru
berpandu USA yg terdapat di Turki dan Italy termasuk di
sempadan USSR kasi dismantle. Dan Pelancar USSR di Cuba
juga prlu dikeluarkan dari pulau itu dan dihantar kembali
ke USSR. Dan juga, USA tidak boleh sewenang2nya menyerang
CUba, jikalau tidak siap ko. Ini kira kemenangan moral bagi Castro.
Castro dan Cuba bagaikan aur dgn tebing sehingga sekarang ni.
USSR sentiasa membantu Castro sehingglah kejatuhan kominis
pada 1990. Dan bermula dari situ, Castro keseorangan tapi managed
mengawal negara dgn mempelbagaikan sumber ekonomi seperti
perubatan dan pelancongan. Dan sesiapa nak tgk kereta2 lama
amerika era 50an yg masih bergerak dijalanraya dan nampakbaru
silalah ke Cuba. Kennedy pula dianggap wira kerana pada pndgan
rakyatnya, Kennedy berjaya menghalau Rusia. Dan nasib Khrushchev
pula? Nasibnya tak seperti Kennedy. Walaupun beliau berjaya
melenyapkan missile USA di Turki, Italy dan sepanjang sempadannya,
ianya tidak dipublishkan kat media oleh USA (nampak tak..siasah
amerika ni) dan rakyat berpandangan ini adalah kekalahan
pulitburo yg memalukan bahkan politikus kominis di negara red bear
sendiri seperti Leonid Brezhnev (bukan sabun breeze ye) mengatakn
Khrushchev tak cukup kemampuan menangani situasi ini. Dua tahun
kemudian pada 1964, wira Stalingrad ini telah digantikan dgn Leonid
Brezhnev.
Note:
Cucu Nikita Khrushchev, Nina L. Khrushcheva ni sekarang menjadi rakyat Amerika keturunan Rusia. Bertugas sebagai adjunt assistant professor di Universiti Columbia. USA
No comments:
Post a Comment