Friday, April 15, 2011

Krisis peluru Berpandu Cuba I

Kisah ini tergolong dlm himpunan cerita perang dingin.
Selepas perang dunia kedua USA dan USSR adalah dua
kuasa besar. USA memimpin Nato manakala USSR
memimpin Pakatan Warsaw.

Jadi setiap pergerakan dikedua2 blok akan sentiasa
diawasi dgn rapi. Dan masing2 ada negeri2 satelit yg
menyokong salah satu pakatan. Ok, di asia barat seperti
yg kita ketahui pada era 60an, kesemuanya adalah
penyokong USSR, cuma Israel dan Iran yg suka USA.

Dan di wilayah Amerika, baik utara dan selatan termasuk
amerika tgh dan kepulauan Caribbean kesemua kerajaannya
berkiblatkan amerika walaupun pada dasarnya peperangan
gerila utk menjatuhkan kerajaan pro US sentiasa berlaku.

Tapi...ada sesapa yg tau Fidel Castro? Yaa...Encik inilah yg melawan
arus diwilayah seberang atlantik ini. Dialah yg memimpin Cuba
tapi berfahaman sosialis (adik beradik kominis). Dia telah memimpin
gerila dan menjatuhkan rejim Batista yg pro US.

Beliau telah menjalinkan hubungan yg akrab dgn pemimpin
USSR Nikita Krushchev (ada ingat encik ini? Stalingrad Defender
masa WWII dulu...dah jd presiden dah dia). Krushchev pun pikir
gak...kat belah benua amerika ni takde Base. Kalau buat satu

Base buat letak missile ni pun meriah gak. Idea ni dipersetujui
oleh Castro (dlm hati castro...ada chance laa aku dpt aid berterusan
dari USSR termasuk makanan..pasai apa. uncle sam ni tak abis2
asik buat blockade kat Cuba). Jadi masing2 kira pucuk dicita

ulam mendatanglaa. Dlm hati Kruchchev pulak ( aaa padan muko kau
USA...ko ingat ko sorang yo boleh pasang , aim missile ko kek aku,
bertaburan missile ko kek eropah..mentang2 dekat ngan Rusia....
aaa ni haaa aku pasang betul2 kek blakang rumah ko,hahahaha)

Pada oct 1962, pemasangan pelancar2 missile dimulakan. banyak
kapal2 kargo menuju ke Cuba dgn membawa bahan2 peluru ni dan
dibawah penyamaran kapal2 dagang. US pun cuak jugak. Banyak
semacam je kapal2 menuju ke Cuba. Tak puas hati lagi, US antar

pesawat pengintip U2. Adalaa beberapa gambar dpt diambik dan
chck kat makmal dan sah..benda yg dlm construction tu adalah
pelancar peluru berpandu. Diorang antar lagi U2 lagi tapi kali ni
telah dpt dispot oleh tentera Cuba..Yaa satu land to air missile

sudah kasi lepas dan kebabom laa kapal U2 tu dan ianya menjadi
kecoh dan sampai masuk UN punya sidang tergempar....wuiih
panjang laa pulak...nanti sambung..

No comments:

Post a Comment